Kini semua telah sedar bahawa FELDA dalam keadaan sangat tertekan dengan penyataan Datuk Ahmad Maslan bahawa FELDA tidak kalah tetapi wang pemulangan tanam semula sememangnya hak peneroka.
Pencatat merasa terkejut dengan kenyataan tersebut. Selama ini ratusan tuntutan secara berforum, bertulis, lisan dan perbincangan di pejabat FELDA diakhiri dengan pelbagai alasan oleh FELDA.
Tidak dinafikan terdapat peneroka terpaksa dipulaukan oleh FELDA termasuk agihan saguhati yang menganaktirikan peneroka yang tanam sendiri.
Malah pernah disebut oleh pemimpin tertentu kepada mereka yang menuntut wang mereka sebagai penderhaka.
Lebih mengecewakan ada peneroka yang diugut untuk dihalau dari tanah rancangan Felda. Pelbagai perkataan dan tanggapan telah dikeluarkan termasuk Perdana Menteri sendiri kepada peneroka ini.
Mazlan Aliman Presiden ANAK dan Hj Suhaimi Said yang mengetuai Biro FELDA PKR makin lali dicemuh dan diugut dengan pelbagai akta dan disaman apabila membela peneroka yang tertindas.
Ahmad MAslan terlupa bahawa Hj Suhaimi Said telah dua kali ditahan mengikut Akta ISA kerana menuntut hak peneroka termasuk wang tanam semula dan penipuan gred sawit juga lain-lain tuntutan berasas.
Jika Ahmad Maslan berkata, FELDA tidak kalah dan sedia memberikan wang tamana semula kerana itu hak peneroka. Bagi pencatat, Ahmad Maslan adalah manusia paling munafik di FELDA.
Rakan pembaca boleh menidakkan cemuahan ini terhadap Ahmad Maslan, dan FELDA peneroka boleh menjawab semua telahan ini.
Beranikah FELDA membentangkan perakunan Felda Trading dan Felda Plantation kepada umum ?. Insyallah pencatat akan huraikannya kemudian....
No comments:
Post a Comment