Utusan Malaysia. KUANTAN 5 Okt. 2010 - Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di sini terpaksa menjalani rutin harian dalam keadaan serba kekurangan apabila tiada bekalan elektrik dan air di rumah mereka sejak enam tahun lalu. Bahari Shamsudin, 51, yang tinggal bersama isteri, Asiah Jais, 47 dan lima anaknya di Kampung Ubai di sini tidak mampu menanggung kos penyambungan bekalan elektrik mahupun air ke rumah mereka ekoran pendapatannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ubai tidak mencukupi.
Menurutnya, sebelum ini mereka sekeluarga menetap di Raub namun sejak berlaku kejadian anak sulungnya, Azunawati, meninggal dunia akibat lemas kira-kira enam tahun lalu, mereka sekeluarga berpindah ke kampung halaman isterinya bagi melupakan kejadian pahit itu.
''Dengan duit pampasan arwah anak yang saya terima sebanyak RM5,000, kami sepakat membina rumah di tanah milik ibu saudara untuk berteduh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, dengan bantuan saudara mara, mereka mendirikan rumah sederhana kecil yang tidak mempunyai bilik secara ala kadar serta mendapat bekalan air yang diambil dari rumah ibu saudara yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Tambah Bahari, tahun lalu beliau pernah memohon bantuan daripada Pusat Zakat untuk memasang bekalan elektrik tetapi permohonannya ditolak atas alasan beliau masih mampu bekerja.
''Dengan pendapatan bersih sebanyak RM600 sebulan, saya perlu menampung lima anak yang masih bersekolah manakala anak keenam, Najwa Nadila yang berusia tujuh tahun tinggal bersama emak saudaranya kerana saya tidak mampu menyara persekolahan," katanya.
Katanya, dia memerlukan kos sebanyak RM1,500 untuk mendapatkan bekalan elektrik di rumahnya tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana pendapatan yang diterima digunakan untuk keperluan rumah.
''Saya kasihankan anak-anak kerana terpaksa belajar dalam keadaan gelap dengan bertemankan lampu minyak tanah untuk ulang kaji pelajaran.
"Kadang-kala terpaksa menumpang ehsan di rumah saudara mara untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran," katanya.

Sungguhpun begitu, anak-anak Bahari masing-masing menunjukkan kecemerlangan di dalam akademik mahupun kokurikulum apabila anak ke empatnya, Iza Maszura kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah di Rompin dalam tingkatan dua.
Anak-anaknya yang lain, Ira Sakina, 16, menuntut di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Pelindung; Irwan Shahrul, 15, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai, Shahril Amri, 8, belajar di SK Ubai dan Liana Natasha, 3 tahun.
Tambah Bahari, isterinya yang tidak bekerja terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil dan hanya bergantung kepada hasil pendapatannya sahaja.
Tambah Bahari, isterinya yang tidak bekerja terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil dan hanya bergantung kepada hasil pendapatannya sahaja.
Oleh itu, Bahari berharap supaya pihak tertentu yang sudi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya demi keselesaan anak-anak untuk belajar dan berjaya pada masa hadapan.
http://amkns.blogspot.com
No comments:
Post a Comment