Monday, October 11, 2010

GALAS : 5 CALON UNTUK PAS DISENARAIKAN


Pengarah pilihanraya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu sebanyak lima nama telah dikenalpasti sebagai senarai pendek untuk dipilih sebagai calon PAS untuk DUN Galas nanti. Kesemuanya adalah anak tempatan Gua Musang dan dikenali di kawasan tersebut termasuklah dua nama dari masyarakat Orang Asli. Namun begitu, beliau enggan menamakan senarai tersebut kerana senarai itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat. Kriteria utama pemilihan calon yang bakal digunakan dalam menentukan calon PAS ialah calon yang mampu turun padang tidak kira masa untuk bersama-sama dengan rakyat di situ

Kemungkinan PAS meletakkan calon dari masyarakat Orang Asli adalah dibuat berdasarkan keputusan pilihanraya umum yang lepas. Menurut Tuan Ibrahim, seramai sokongan daripada hampir 2,000 pengundi Orang Asli amat penting dan peningkatan sebanyak 20 peratus sebelum ini di dalam enam peti undi mereka. Peti-peti undi itu ialah Bihau, Lojing, Hau, Sungai Ber, Balau dan Belatim. 
Beliau juga Naib Presiden PAS mengharapkan sokongan padu daripada pengundi Cina yang ramai di kawasan tersebut yang berjumlah 1,900 pengundi terutamanya di peti undi Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Kampung Baru Hilir. 

Pengundi Melayu yang merupakan majoriti mempunyai seramai 6,200 orang yang melengkap keseluruhan pengundi yang berjumlah 11,500 orang. Bagi penduduk Gua Musang kebanyakan dilaporkan tidak kisah dengan pilihan calon Orang Asli. Bagi mereka asalkan calon itu beragama Islam, boleh berkhidmat, berpendidikan tinggi dan setia kepada PAS. 
 
Menurut mereka lagi, Orang Asli sekarang bukan macam dulu dan ramai yang berkebolehan. Pilihanraya kecil Galas akan dijalankan pada 4 November nanti dengan penamaan calon akan diadakan pada 26 Oktober nanti. Pilihanraya kecil ini merupakan pilihanraya kecil ke-12 negara sejak pilihanraya umum pada tahun 2008. Kedua-dua pihak, BN dan PAS bakal mengumumkan calon mereka seawal-awalnya 16hb Oktober ini (Sabtu) kepada media.-KLToday.com

No comments:

Post a Comment