Tuesday, October 5, 2010

UMNO GAGAL DENGAN KUASANYA

TEMERLOH:  Kekalutan masyarakat yang berlaku dalam negara terutama membabitkan isu politik dan sosial  sekarang ini berpunca daripada sikap pemimpin Umno yang tidak mahu tunduk kepada ajaran Islam  kata Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif. 

Berucap pada ceramah kelompok anjuran PAS Temerloh, di Kampung Tanjong Belenggu, dekat sini, semalam, Abdul Rahim menambah   fahaman sekularisma yang dianuti pemimpin Umno terlalu menebal sehingga mengelapkan hati dan pandangan mereka terhadap Islam sebagai penyelesaian masalah.

"Kita melihat kegagalan Umno sepanjang kekuasaannya. Mereka gagal dalam aspek politik menyebabkan situasi politik negara menjadi kelam kabut. Mereka meninggalkan agama lalu mereka memerintah secara hawa nafsu menyebabkan berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan. Fahaman sekularisma mereka begitu menebal menyebabkan mereka gelap dengan Islam.

"Begitu juga dari aspek sosial, masyarakat kita punah, remaja kita terdedah kepada ruang untuk melakukan maksiat yang dibuka jalannya oleh pemerintah Umno sendiri. Inilah yang menyebabkan kes buang bayi hasil daripada zina akibat daripada pergaulan bebas dan tidak terkawal. Ini semua berpunca daripada Umno," katanya. 

www.pahangkini.net

No comments:

Post a Comment