Monday, October 11, 2010

MODAL UMNO SEMPENA GALAS....'HASIL' WAKAF CHE YEH MAHAL!!!


...mohon dipanjangkan...
Hari ini sebut aje Wakaf Che Yeh... pasti semua rakyat Malaysia akan kesana apabila berkunjung ke Negeri Che Siti Wan Kembang... namun sejak akhir-akhir ini terdapat rungutan dikalangan peniaga-peniaga pasar malama Wakaf Che Yeh apabila 'HASIL' yang dikenakan setiap malam kepada para peniaga agak membebankan. Difahamkan semalam para peniaga dikenakan charge RM6.00 bagi kawasan 8x8 kaki yang tidak dilengkapi lampu... dan yang paling menyedihkan sekiranya peniaga tersebut gagal membuka perniagaannya pada malama tersebut... charge tadi akan berganda pada malam keesokan harinya....

Dan yang lebih menyedihkan apabila pemaju SENSATIMUR menge'sub' kepada orang lain... manakala 'orang lain' tue pula menge'sub' pada tendar lain pulak... kire sub atas sub... ini apa cite... Syarikat seperti SENSATIMUR ini langsung tidak mempunyai tanggungjawap sosial atau 'social contribution' terhadap peniaga-peniaga kecil. Siapakah lintah darat ini?

harap kerajaan PAS atau MPKB BRI dapat ambil perhatian berkenaan dengan isu ini... takut jadi modal UMNO menjelang PRK Galas nanti je ...kate PAS membebankan rakyat...

***jangan sampai jadi seperti di Kedah pilak.. bila orang PAS demo pada Kerajaan PAS kedah pasal harga air....

www.dppwm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment