Lapan gadis berusia dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun dan bekerja di sekitar bandar Gua Musang mendakwa dihalau daripada bilik yang disewa di bandar Gua Musang, di sini.. Tamak betul tuan rumah sewa mereka itu..
GUA MUSANG – Gara-gara Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, lapan gadis berusia dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun dan bekerja di sekitar bandar Gua Musang mendakwa dihalau daripada bilik yang disewa di bandar Gua Musang, di sini. Gadis berkenaan kecewa dan sedih di atas tindakan pemilik rumah kedai yang tidak berperikemanusiaan.
Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Nana, 18, berkata, dia tidak menduga pemilik sanggup berbuat demikian demi meraih lebih keuntungan tanpa memikirkan kesulitan untuk mencari rumah sewa baru.
Menurutnya, pada Rabu lalu, pemilik menampalkan notis supaya mereka keluar daripada bilik yang disewa dan diminta berbuat demikian dengan segera dengan alasan ingin mengubahsuai bilik itu.
“Apa yang saya tahu, pemilik telah pun menerima deposit daripada bakal penyewa yang ingin menyewa bilik pada PRK nanti dengan harga lebih mahal.
“Di sebabkan pemilik ingin kami segera mengosongkan bilik, saya mengosongkan bilik pada Khamis walaupun tidak mempunyai rumah baru untuk disewa.
“Rakan-rakan yang lain pula keluar pada malam Jumaat,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Nana berkata, mereka keluar kerja pagi dan balik sekitar jam 10 malam setiap hari dan tidak mempunyai masa untuk mencari rumah sewa. Menurutnya, tambahan sekarang ramai yang mencari rumah untuk disewa ketika PRK, jadi harga rumah di luar kemampuan mereka memandangkan gaji mereka tidak seberapa.
“Disebabkan tiada tempat tinggal, dua rakan saya mengambil keputusan berhenti kerja.
“Walaupun berat hati untuk berhenti, mereka terpaksa berbuat demikian, saya pula bernasib baik dipelawa tinggal bersama-sama rakan lain walaupun rumah mempunyai ramai penghuni,” katanya.
Menurutnya, pemilik ada memberitahunya supaya datang semula ke tempatnya selepas PRK.
“Saya yakin dia (pemilik) ingin menyewakan bilik kepada penyewa semasa pilihan raya. Kalau tidak, mungkin dia tidak mempelawa kami datang semula menyewa di tempatnya.
“Lagi pun saya ada dengar dia menerima deposit RM6,000 daripada bakal penyewa sedangkan kami hanya menyewa RM100 sebulan,” katanya.

Sinar Harian
No comments:
Post a Comment