Ketua penerangannya, Muhamad Bustaman Ibrahim mendakwa bahawa pihaknya mempunyai "bukti" bahawa calon PAS itu pernah ditangkap khalwat berdasarkan "berita-berita yang dipercayai dan diterima secara umum".Beliau bagaimanapun berkata pihaknya berusaha untuk memperincikan bukti itu bagi mengukuhkan lagi dakwaan mereka.
"Kita hendak membandingkan calon kita dengan calon PAS. Walaupun calon mereka merupakan seorang doktor, kita (juga) lihat (calon) dari sudut akhlak.
"Cakap-cakap di kedai kopi kita sudah (mula) maklumkan kepada pengundi (mengenai perkara ini)...Akan ada tugasan (kepada jentera) untuk mencari perinciannya," katanya ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.
Jumaat lalu, sehari selepas diumumkan sebagai calon PAS. Dr Zulkefli menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan beliau pernah ditangkap berkhalwat.
Media rasmi Umno yang memetik laporan blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku yang dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu dan menyifatkannya satu fitnah kerana Ramelah yang dimaksudkan itu, adalah ibunya dan isterinya bernama Zainab Jalar.
Menurut Muhammad Bustaman lagi, Umno juga antara lain akan membangkitkan isu mengenai kerajaan negeri yang didakwa tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda.
Muhamad mendakwa kerajaan negeri "tidak ada komitmen untuk mensejahterakan rakyat di DUN Galas".
"Dalam hal ini ramai anak-anak muda, selepas persekolahan, berhijrah keluar daripada Kelantan dan mencari rezeki," katanya.
Selain itu, katanya, dalam ceramah kelompok, Umno juga akan menyentuh isu Ladang Rakyat - tanah kosong atau tanah yang telah diterokai - yang diambil alih oleh kerajaan negeri dan ia didakwa dijual kepada syarikat asing.Menurutnya lagi, Umno juga akan menerangkan mengenai projek perumahan rakyat yang menelan belanja RM300 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari lalu.
"Kita akan gunakan perkara ini untuk menyerang mereka. Ini perjuangan kita selama ini kerana ia adalah manfaat daripada kerajaan BN... Kita nak buat perbandingan dengan kerajaan PAS," katanya.
Ditanya mengenai isu yang bakal dibangkitkan oleh PAS, Muhamad Bustaman menjangkakan parti itu akan membangkitkan antaranya berkaitan isu agama bagi mempertahankan sokongan pengundi terutama di peti undi Sungai Terah."Ini kerana peti undi tersebut adalah kubu kuat mereka yang mempunyai pengundi seramai 1,912 orang... Kerajaan negeri berlindung di sebalik Islam dalam meneruskan perjuangan mereka.
"Mereka pandai berceramah tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan... Tidak ada isu tempatan sebab mereka tidak buat apa-apa (di sini)," dakwanya.
"Mereka pandai berceramah tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan... Tidak ada isu tempatan sebab mereka tidak buat apa-apa (di sini)," dakwanya.
Dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini, BN akan diwakili oleh Abdul Aziz Yusof. Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, kerana barah usus.
www.gigitankerengga.blogspot.com
No comments:
Post a Comment