Tuesday, October 12, 2010

ROSMAH MELAMPAU + TAK TAHU MALU

Nampak sangat dah tak dak sapa yang berani buat teguran pada bini Najib si Rosmah ni dari menyalahgunakan gelaran sebagai wanita pertama Malaysia ni. Tak betoi ka? Ada ka sesapa yang berani tegur?

Menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah.

Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

Jadi tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari ini amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertama Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.
Malunya muka... nak letak tang mana muka Umno lepas ni yerkk....
 
 http://shalehudin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment