Wednesday, October 20, 2010

ISTERI PM HINA NABI, MANA ULAMAK UMNO ?


IFF, 'Islamic Fashion'?
KL, 20 Okt 10: "Muhammad" dalam tulisan Arab diterbalikkan, diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Ini menunjukkan bahawa penganjur jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan dedah aurat yang tidak wajar itu. Penganjurnya adalah Islamic Fashion Festival (IFF) di bawah Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM Malaysia.

Demikian didedahkan oleh ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamakan 'Islamik' tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasminya.

Oleh itu para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurnya. Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
 
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mana ulama-ulamak UMNO atau mufti-mufti kerajaan nak sorokkan muka? Tak maluke? Mana pendedahan fatwa, juru-juru fatwa burung kakaktua kerajaan Malaysia? Perlukan pemuda-pemuda Islam bangun membuat demontrasi, bagi mengajar tindakan biadap isteri PM? (IH)

No comments:

Post a Comment