Sunday, October 17, 2010

DPP PAHANG EDAR RISALAH DI KONSERT DOUBLE TROUBLE

Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang dengan kerjasama dewan pemuda Pas kawasan-kawasan turun ke studium Darul Makmur untuk mengedarkan risalah.Risalah yang diedarkan itu mengingatkan kepada muda-mudi supaya tidak terjebak kepada pelacuran, ketagihan arak, hubungan sejenis, judi dan sebagainya. Termasuk juga dimuatkan satu statistik yang menyebut bahawa dari bulan januari hingga julai hampir 1100 kes jenayah yang berlaku di Negeri Pahang dan hampir 800 kes yang berlaku di daerah Kuantan.

Kesan dari konsert tersebut, kami dimaklumkan terdapat hampir 100 pasang telah ditangkap khalwat pada malam tersebut.

Keterangan Gambar :
  1. Studium Darul Makmur yang menjadi sasaran kepada syarikat Red On Black Sdn Bhd dan Awie Intertainment Sdn Bhd mengadakan konsert.
  2. Pemuda-pemuda  Pas dan SB memenuhi di kawasan taklimat
  3. U.Fadhli Ibrahim (Ketua Penerangan DPP Pahang) (Berbaju biru)sedang memberikan taklimat kepada Pemuda PAS, turut berucap memberi semangat kepada pejuang-pejuang ialah U.Nazri Hj Ahmad (Pengerusi Lajnah Dakwah Dan Pembelaan Islam DPP Pahang) (berada ditengah) dan U. Fadhil Nor Abdul Karim (Exco DPP Pahang) (berbaju belang)
  4. Pemuda sedang mendengar taujihat dari pimpinan pemuda
  5. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke studium
  6. Promoter yang tidak puas hati dengan risalah, katanya "tujuan dia juga untuk dakwah" tapi tak nak dengar keterangan dari pihak kita.
  7. Pemuda-pemuda sedang mengedarkan risalah kepada pemuda-pemuda yang menuju ke studium.

No comments:

Post a Comment